" Tidak ada kesusahan melainkan disenangkan,tidak ada kesempitan melainkan dilapangkan,tidak ada kegelisahan melainkan ditenangkan,tidak ada kemiskinan melainkan dikayakan,tidak ada kejahilan melainkan diilmukan".

Program

Program Kelab Pewaris Kerajaan Barisan Nasional (BN) Malaysia bagi parlimen Tumpat merangkumi :-

A) KESIHATAN
    Pihak kelab akan membantu ahli dan bukan ahli yang menghadapi masalah kesihatan dengan
    menampung kos perubatan dan sebagainya sesuai dengan kretiria yang telah ditetapkan oleh pihak kelab.
 

B) KEDIAMAN
     Pihak kelab akan membantu ahli dan bukan ahli yang layak untuk mendapat bantuan rumah baru atau
     baik pulih rumah. Bakal penerima bantuan akan dipilih berdasarkan kretiria yang telah ditetapkan.

C) PENDIDIKAN
     Pihak kelab akan membantu ahli dan bukan ahli yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dalam
     pelbagai bentuk bantuan seperti mana kretiria yang telah ditetapkan kelab.

D) AWAM
     Pihak kelab akan membantu dalam bentuk keperluan awam bagi penduduk Tumpat berdasarkan kretiria
     yang ditetapkan kelab.

No comments:

Post a Comment